WAKAF & INFAQ
فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ
Maksudnya: Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh)
(Surah al-Maidah, 5:48)
Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”. (Surah Al-Baqarah Ayat 261)
Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Imran ayat 115 yang bermaksud:
“Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.”
Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :
“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya”. (Hadis Riwayat Muslim)
HIKMAH IBADAH WAKAF & INFAQ
Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah SWT
Sebagai langkah mendekatkan diri kepada Allah SWT
Mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal duni
Berkongsi manfaat dikalangan umat islam dalam menyemarakkan syiar Islam
Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah
Ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat Islam
WAKAF DI MASJID NABAWI & MASJIDILHARAM
Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:
Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Mekah), dan masjid Rasulullah s.a.w. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin)
Huraian Hadith:
Umat Islam yang ingin berziarah keluar (negara) untuk beribadat kepada Allah tidak perlu bersusah payah ketempat lain, selain dari berziarah ke tanah suci, terutama untuk mengerjakan ibadat haji dan umrah.
Tiga buah masjid yang mempunyai fadilat yang besar, apabila mengerjakan ibadat di dalamnya ialah:
Masjidil Haram di Mekah
Masjid Nabi di Madinah
Masjidil al-Aqsa di Palestin.
Sudah menjadi kebiasaan, apabila jemaah umrah atau haji menjadi tetamu Allah, ada yang mengambil kesempatan untuk mewaqafkan al-Quran dan diletakkan di Masjid Nabawi ataupun Masjidil Haram. Tidak hanya untuk diri sendiri, jemaah turut mewaqafkan atas nama ahli keluarga supaya pahala orang membaca Quran berkekalan selamanya. Hal ini kerana kita berharap agar pahala orang yang menggunakan Al-Quran wakaf di sana mengalir kepada kita walaupun sudah tiada nanti.
Namun kita perlu berhati-hati ketika memilih Al-Quran untuk diwakafkan kerana bukan semua jenis Al-Quran kekal berada di dalam masjid. Ini kerana ada petugas di masjid yang akan memeriksa Al-Quran dan sekiranya didapati tidak mengikut piawaian, Al Quran tersebut akan dikeluarkan dari 2 Masjid Suci iaitu Masjidil Haram & Masjid Nabawi. Antaranya Ialah :
2 Pilihan Saiz Al Quran
Cop Asli Dari Kilang Madinah
Mushaf Sederhana - Berkulit Hijau
Mushaf Besar -Berkulit Biru
Cetakan Dari Penulis Asal Al Quran Uthman Taha
Penanda Kuning - Mushaf Sederhana
Penanda Biru - Mushaf Besar
Cetakan Kompleks Percetakan Raja Fahd, Madinah
ANDA SUDAH BERWAKAF?
JIKA BELUM, Al Hijjrah Vacation Sdn Bhd bersedia membantu anda melalui PROJEK KONGSI REZEKI
PROJEK KONGSI REZEKI adalah di bawah kelolaan Al Hijjrah Vacation Sdn Bhd yang boleh membantu anda dalam melaksanakan Pelaburan Saham Akhirat melalui program Wakaf Al Quran & Tabung Infaq.
Al Quran yang dibekalkan adalah Asli Madinah (Kilang Al Quran Madinah) & lokasi Wakaf adalah di Tanah Suci iaitu Masjid Nabawi & Masjidil Haram.
Dengan Pengalaman hampir 20 tahun dalam bidang Umrah & Haji, pihak syarikat mempunyai kakitangan yang mahir untuk menguruskan Al Quran yang diwakafkan mengikut prosedur dan syarat yang telah ditetapkan
Setiap Pembelian Naskah Al Quran, RM5 akan disumbangkan ke Tabung Infaq yang bertujuan membantu golongan yang memerlukan
Golongan Asnaf, Pesakit Kronik, Keluarga yang ditimpa bencana & sebagainya..)