top of page

APA MAKSUD QURBAN & AQIQAH

Qurban dalam bahasa Arab disebut Al-Udhhiyah, iaitu binatang yang disembelih pada waktu Dhuha. Pengertiannya dari segi hukum syara’ pula ialah binatang ternakan (na’am) seperti kambing, lembu atau kerbau yang disembelih pada Hari Raya Aidil Adha atau pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) dengan niat untuk menghampirkan diri kepada Allah.

Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Aidil Adha ke atas umat Islam yang mampu ialah sunat Kifayah(sunat yang dituntut) dan jikalau meninggalkannya adalah makruh.

 

Allah S.W.T berfirman;

“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. (Surah al-Kautsar : 2)
 

Mengikut tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Aidil Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.

Aqiqah bermaksud menyembelih haiwan ternakan tertentu dengan tujuan tanda syukur kita di atas kelahiran cahaya mata dan ibadah Aqiqah yang paling terbaik  adalah dilakukan pada hari ke-7 kelahiran. Walaubagaimanapun ia tidak tertakluk kepada sembelihan pada hari ke-7 sahaja, bahkan ia akan menjadi tanggungjawab ibu bapa kepada anak tersebut selagi tidak dilaksanakan sehinggalah anak itu mencapai umur akil baligh. Ibadah aqiqah cukuplah dilakukan hanya sekali dalam seumur hidup namun tiada halangan untuk dilakukan lebih dari sekali.

Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad. 

 

Ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

APAKAH KELEBIHAN & HIKMAH MELAKUKAN IBADAH QURAN

Ibadah korban merupakan ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar disisi Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:
 

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim)

 

Ibadah korban yang menjadi amalan umat Islam sekarang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan peristiwa korban di antara Nabi Ibrahim A.S. dengan anaknya Nabi Ismail A.S. Maka dengan melihat kepada peristiwa tersebut beberapa hikmah dapat disimpulkan;

Ia menguji kekuatan iman dan keteguhan mental orang yang berkorban.

Supaya orang yang berkorban dapat menjauhkan diri daripada sifat terlalu sayangkan harta dan kedekut dengan harta yang Allah S.W.T kurniakan kepadanya.

 

Berkongsi merasai nikmat Allah S.W.T dengan golongan yang kurang bernasib baik atau miskin.

Membudayakan dalam masyarakat salah satu syiar Islam iaitu berkorban.

qurban dan aqiqah

bersama al hijjrah vacation

  • Al Hijjrah Vacation Sdn Bhd telah berpengalaman mengendalikan Ibadah Qurban & Aqiqah hampir 20 tahun sejak tahun 2005.​

  • Kami ingin memudahkan anda dan seluruh rakyat Malaysia dalam melaksanakan ibadah Aqiqah dan Qurban untuk diri anda dan insan tersayang. Kami akan memegang prinsip jujur, telus dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab diberikan!

  • Daging sembelihan hasil aqiqah atau qurban anda akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

10,000 PELANGGAN

DIPERCAYAI LEBIH 

qurban & aqiqah 2022|1444H

HARGA PAKEJ

MEKAH

KAMBING_ICON_2-removebg-preview.png
UNTA FLIP 1.png
  • Kambing biri-biri 

  • SR 750

  • 1 Ekor dengan Pengurusan

  • Unta

  • SR 1700

  • 1 Bahagian dengan Pengurusan

PAKEJ TERMASUK

  • Dilaksanakan di Tanah Suci Makkah & di agihkan kepada penduduk Muslim yang kurang berkemampuan

  • Peserta akan menerima Video ketika pelaksanaan beserta sebutan nama peserta

  • Peserta akan diberikan sijil sebagai cenderahati 

lafaz akad

wakalah (wakil) qurban & aqiqah

Saya [ NAMA PESERTA ] bersetuju mewakilkan AL HIJJRAH VACATION SDN BHD
untuk melaksanakan ibadah [ QURBAN / AQIQAH ] 
pada tahun [ 1444 H ]
dengan bayaran [ SR 750.00 SAHAJA ] untuk seekor Kambing
kerana Allah Ta'ala

bottom of page