HAJI MUJAMALAH | TANPA GILIRAN | KUOTA TERHAD
MASIH TIDAK MENDAPAT PANGGILAN UNTUK MENUNAIKAN RUKUN ISLAM KE 5 PADA TAHUN INI?
"...JIKA SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI KEMAMPUAN, TUNAIKANLAH HAJI PADA TAHUN INI.
KERANA BELUM TENTU KITA MASIH MAMPU PADA TAHUN HADAPAN...."
MAKSUD HAJI
Haji menurut syarak adalah mengunjungi Baitullah (Rumah Allah) di Mekah untuk beribadat ‘manasik’ (tawaf, saie, bergunting) dan wukuf pada waktu serta syarat-syarat tertentu dalam bulan Dzulhijjah.
Firman Allah SWT:
“Dan Allah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa untuk sampai ke sana. Dan sesiapa yang kufur (ingkar kewajipan haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.” (Surah Al-Imran, ayat 97)
Ibadat haji hanya diwajibkan kepada Muslim yang berkemampuan dari segi kewangan, kesihatan fizikal dan juga mental. Allah SWT membuka ruang dan memudahkan semua hambaNya menziarahi, mendekatkan diri dan bermunajat kepadaNya serta memohon limpah rahmatNya dan hidayahNya.
PAKEJ HAJI MUJAMALAH
Pakej Haji Mujamalah adalah Ibadah menunaikan haji dengan menggunakan visa Haji yang dikeluarkan dari Kedutaan Arab Saudi. Visa Haji akan dikeluarkan kepada agensi yang terpilih tanpa menggunakan kuota Tabung Haji (TH) dan jemaah dapat menunaikan haji tanpa perlu menunggu giliran yang lama.
​
Berikut adalah Visa Haji yang telah dikeluarkan oleh syarikat Al Hijjrah Vacation bukan sahaja kepada para jemaah Malaysia malah buat Jemaah Warganegara Indonesia serta Singapura.
MENGAPA MEMILIH PAKEJ HAJI MUJAMALAH
Kebiasaan jemaah memilih Pakej Haji Mujamalah ini adalah kerana mereka tidak mahu menunggu lebih lama untuk mengerjakan ibadah haji atau lewat atau tidak mendaftar dengan Lembaga Tabung Haji (TH).
Selain itu, jemaah yang memilih untuk menggunakan pakej ini adalah kerana mereka berkemampuan untuk menunaikan haji untuk kesekian kalinya dan ada segelintir juga yang mahu membawa anak-anak atau ahli keluarga yang lain.
PAKEJ HAJI MUJAMALAH UNTUK SIAPA?
Pakej Haji Mujamalah ini layak kepada sesiapa sahaja yang berkemampuan.
Harga pakej bergantung kepada pakej haji yang dipilih seperti jumlah hari, penginapan di Makkah, Madinah dan juga penginapan di Arafah serta Mina. In Shaa Allah, Setiap nilai yang dibayar adalah bersesuai dengan perkhidmatan yang bakal diterima oleh para jemaah
​
Walaubagaimanapun, jumlah Visa Haji yang dikeluarkan oleh Kedutaan Arab Saudi adalah amat TERHAD. Dinasihatkan bakal jemaat untuk daftar dengan lebih awal untuk diberi keutamaan visa.
​
"KENAPA PERLU BERHABIS BANYAK UNTUK MENGERJAKAN HAJI?"
Perbelanjaan untuk haji adalah sama seperti perbelanjaan di jalan Allah iaitu 700 kali ganda. Maka, jika anda berkemampuan eloklah diutamakan yang wajib.
​
KENAPA MEMILIH AL HIJJRAH VACATION
Berpengalaman mengendalikan Kumpulan jemaah haji dari tahun 2010
Syarikat yang mengeluarkan Visa Haji melalui Kedutaan Arab Saudi
Para jemaah tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan giliran bagi menunaikan ibadah Haji
Menyediakan tempat penginapan yang hampir dengan lokasi untuk melontar Jamrah ketika hari Tasyrik
Menyediakan Khemas Khas untuk para jemaah ketika di Arafah
Hotel penginapan di Mekah & Madinah yang sangat hampir dengan Masjidil Haram & Masjid Nabawi
Bimbingan penuh & Tazkirah oleh Mutawwif berpengalaman serta Bertauliah yang dilantik oleh syarikat.
Sangat menitikberatkan kebajikan Para Jemaah sepanjang perjalanan menunaikan Ibadah Haji.
Sila pastikan tawaran pakej Haji anda menggunakan Visa Haji dan bukan melalui Visa Pelancong.
Penyalahgunaan visa pelancong bagi tujuan menunaikan ibadah haji adalah menjadi satu kesalahan berat di bawah peraturan Kerajaan Arab Saudi, iaitu menunaikan ibadah haji tanpa mempunyai permit yang sah.
​
Bagi jemaah yang melanggar kesalahan tersebut, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menetapkan hukuman Penjara dan boleh diusir dari negara tersebut