Pendaftaran Umrah Musim Baharu 1446H
-
Pelanggan perlu menghubungi AL HIJJRAH VACATION SDN BHD untuk memastikan sekiranya masih ada kekosongan pada tarikh yang dipilih serta mendapatkan maklumat lengkap mengenai pakej tersebut.
-
Semasa berdaftar, pelanggan perlu menetapkan jenis bilik yang dikehendaki (Quad / Triple / Double). Sekiranya menempah bilik berempat (Quad), pelanggan mesti mendatangkan empat orang atau menunggu pelanggan lain untuk menumpang sekiranya ada. Sekiranya tidak ada, pelanggan akan dicaj mengikut kekosongan jenis bilik yang sedia ada.
-
Setiap tempahan perlu disertakan dengan wang deposit sebanyak RM1000 seorang. Bayaran penuh perlu dijelaskan
selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan bagi mengelakkan pembatalan tiket. -
Pembayaran boleh dibuat menggunakan wang tunai / perbankan atas talian / cek di atas nama AL HIJJRAH VACATION SDN BHD melalui nombor akaun BANK ISLAM : 0501 2010 0571 56. Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima. Bukti pembayaran hendaklah diserahkan kepada pihak syarikat.
-
Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar dan perlu memuat turun aplikasi Nusuk untuk digunakan di Arab Saudi.
-
Aturcara perjalanan yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan SOP oleh kerajaan Arab Saudi dari masa ke semasa.
-
Harga yang ditunjukkan adalah harga pada masa penerbitan. Harga tertakluk kepada perubahan yang disebabkan oleh kenaikkan pada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos hotel, kadar pertukaran matawang asing, cukai kerajaan Arab Saudi dan Malaysia. Pihak AL HIJJRAH VACATION SDN BHD berhak menaikkan harga pakej berdasarkan kenaikkan harga kos semasa melalui notis makluman.
-
Sekiranya terdapat perubahan tarikh dan masa oleh syarikat penerbangan atau perubahan situasi semasa keadaan di Arab Saudi yang memerlukan kepada tambahan penginapan, pengangkutan dan jadual program, pengiraan alternatif kos tambahan akan dilaksanakan dan AL HIJJRAH VACATION SDN BHD tidak bole dipertanggungjawabkan ke atas kos tersebut.
-
Pihak pengurusan AL HIJJRAH VACATION SDN BHD berhak untuk menolak, mengubah, meminda, memadam atau menambah terma dan syarat yang dinyatakan atau menarik balik promosi pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
-
Pelanggan berdaftar tidak dibenarkan menarik diri tanpa sebarang sebab yang kukuh.
-
Permohonan pembatalan / menarik diri hendaklah dikemukakan melalui surat dan bukti bertulis dari mana-mana organisasi (sekiranya ada) atas nama Pengarah AL HIJJRAH VACATION SDN BHD.
-
Pembatalan yang melibatkan tiket penerbangan, visa pelancong / visa umrah dan penginapan yang telah ditempah, akan ditolak dari jumlah harga pakej yang telah dibayar.
-
Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada syarat-syarat pembatalan yang ditetapkan AL HIJJRAH VACATION SDN BHD.