AIR ZAM ZAM
Rasulullah s.a.w bersabda (mengenai air Zamzam):
"Sesungguhnya air Zamzam itu merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar yang menyembuhkan penyakit".
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Air Zamzam merupakan penawar yang menyembuhkan berdasarkan kepada niat meminumnya".
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Sebaik-baik air yang keluar dari perut bumi ialah air Zamzam, terdapat padanya makanan yang boleh mengenyangkan dan penawar yang boleh menyembuhkan penyakit."
Ketika Muawiah bin Abu Sufian r.a mengerjakan ibadat Haji, beliau telah meminum air Zamzam dan berkata: "Air Zamzam merupakan penawar yang menyembuhkan berdasarkan kepada niat meminumnya".
Ibnu Abbas r.a berkata: "Kami menamakannya (iaitu air Zamzam) sebagai pengenyang. Air Zamzam itu boleh memberi nikmat yang menolong anak-anak kecil".
Katanya lagi: "Minumlah dari minuman yang menyembuhkan iaitu air Zamzam".
Katanya lagi: Sesungguhnya apabila Rasulullah s.a.w meraikan seseorang lelaki, baginda akan meraikannya dengan memberi minum air Zamzam.
MAKSUD & SEJARAH AIR ZAM ZAM
Zamzam berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud banyak atau melimpah ruah. Air Zamzam merupakan air yang dianggap suci oleh umat Islam. Ia merupakan telaga mata air yang terletak dalam kawasan Masjidil Haram, bersebelahan tenggara Kaabah yang mempunyai kedalaman sedalam 42 meter.
Air zamzam mucul pada zaman Nabi Ismail as. Iaitu ketika Baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi Ibrahim as di Mekah. Pada waktu itu, Hajar mencari air bagi menghilangkan dahaganya antara bukit Safa dan Marwah (Peristiwa ini disemadikan dalam Ibadah Sa’ie). Hal ini merupakan perintah Allah swt kepada Nabi Ibrahim as agar baginda meninggalkan zuriatnya ini di wadi (lembah) Mekah. Firman Allah swt:
رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadah). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian daripada manusia tertarik kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur”. (Surah Ibrahim, Ayat 37)
Air Zamzam adalah kurniaan Allah swt kepada Nabi Ismail as. Dan ia kekal sehingga ke hari ini. Malah, terdapat hadis-hadis Nabi Muhammad saw yang turut menceritakan tentang kelebihan dan keistimewaan Air Zamzam.
KHASIAT & KELEBIHAN AIR ZAM ZAM
1. Menghilangkan lapar
Keberkatan Air Zamzam ini berfungsi seperti makanan, dan ia mengenyangkan bagi orang yang meminumnya.
2. Mengoptimumkan Proses Metaolisme Tubuh
Proses metabolisme tubuh berfungsi untuk mengubah zat-zat yang masuk ke dalam tubuh seperti lemak bertukar menjadi tenaga. Apabila tenaga terhasil, maka tubuh akan memiliki tenaga untuk menjalankan aktiviti sehari-hari. Mineral dari air zam-zam sangat baik dalam memaksimumkan proses metabolisme, serta berfungsi untuk mengganti dengan segera, mineral yang digunakan ketika proses metabolisme.
Kita disarankan untuk kerap meminum Air Zamzam. Seeloknya minum Air Zamzam sebelum tidur malam atau pada waktu pagi selepas bangun tidur. Hal itu kerana, menurut pakar Mury Kuswari, kadar metabolisme tubuh tinggi sewaktu kita sedang tidur.
3. Mukjizat Air Zamzam Bergantung Kepada Niat Orang Yang Meminumnya
Dari Ibnu ‘Abbas ra, Rasulullah saw bersabda:
مَاءُ زَمْزَمَ لمِاَ شُرِبَ لَهُ إِنْ شَرِبْتَهُ تَسْتَشْفِي شَفاَكَ الله ُوَإِنْ شَرِبْتَهُ لِشَبْعِكَ أَشْبَعَكَ الله ُوَإِنْ شَرِبْتَهُ لِقَطْعِ ظَمْئِكَ قَطَعَهُ اللهُ وَهِيَ هَزْمَةُ جِبْرَائِيلَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ وَسُقْيَا اللهِ إسْمَاعِيْلَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ
Maksudnya, “Air Zamzam sesuai dengan niat ketika meminumnya. Bila engkau meminumnya untuk ubat, semoga Allah menyembuhkanmu. Bila engkau meminumnya untuk menghilangkan dahaga, semoga Allah menghilangkannya. Air Zamzam adalah galian Jibril, dan curahan minum dari Allah kepada Ismail as.” (HR Daruqutni dan Hakim)
Ibnu Taimiyyah berkata, “Seseorang disunnahkan untuk meminum Air Zamzam sampai benar-benar kenyang, dan berdoa ketika meminumnya dengan doa-doa yang dikehendakinya (bebas). Namun tidak disunnahkan mandi dengannya (air Zamzam).” (Lihat kitab Hajjatun-Nabi, al Albani, 1/117)
Inilah keistimewaan dan kelebihan Air Zamzam yang tidak ada pada air-air yang lain. Oleh itu, niatlah apa-apa sahaja yang baik sewaktu minum Air Zamzam. Mudah-mudahan, niat kita itu dikabulkan oleh Allah swt.
4. Menguatkan Gigi Dan Tulang
Air Zamzam mengandungi kadar kalsium dan garam magnesium yang lebih tinggi dibanding telaga lain yang terdapat di sekitar Mekah.
5. Menyembuhkan Pelbagai Penyakit
Dikisahkan oleh al-Azraqi bahawa ada seorang yang makan, lalu ternyata ada jarum pada makanannya sehingga jarum tersebut tersangkut di kerongkongnya. Dirinya seakan-akan seperti hendak mati, lalu dia minum Air Zamzam (dengan memohon pertolongan kepada Allah), akhirnya rasa sakit yang dialaminya hilang, dan masalah pun selesai. (Lihat Kitab Akhbar Makkah 2/35)
Dikisahkan oleh Taqiyuddin al-Fasii bahawa seorang pegawai Masjidil Haram yang bernama Ahmad Syarifi pernah minum air zamzam dengan niat memperoleh kesembuhan dari kebutaan yang dialami dirinya, lalu akhirnya dia pun sembuh dari buta yang menimpa dirinya. (Lihat kitab Syifaul Ghiram 1/255)
6. Memiliki Zat Bersifat Anti-Kuman
Penelitian yang dilakukan oleh Arab Saudi menemui di dalam Air zam-zam terkandung zat fluorida yang berfungsi sebagai anti-kuman. Ia berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
Lebih menakjubkan, tidak ada sedikitpun lumut di telaga Zamzam dan ia sentiasa bebas dari pencemaran kuman. Hal ini membuat kesegaran air zam-zam menjadi yang terbaik di dunia. Seperti mana dalam hadis, daripada Abdullah bin Abbas ra, bahawa Nabi saw bersabda:
خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ
Maksudnya, “Sebaik-baik air yang terdapat di muka bumi adalah Zam-Zam. dan penawar bagi penyakit”. (Lihat: al-Jami’ al-Saghir)
7. Regenerasi Kulit Mati
Air Zam Zam memiliki kandungan pH yang cukup tinggi sehingga mampu merawat kulit wajah. Salah satunya adalah dapat meregenerasi kulit mati. Dengan minum Air Zamzam, ia dapat membantu menghasilkan sel-sel kulit mati dengan cepat dan diganti dengan kemunculan sel-sel kulit baru.
Anda boleh minum Air Zamzam untuk memperoleh manfaat ini, ataupun membasuh wajah menggunakannya. Kalau ingin berwudhu dengan Air Zamzam juga boleh kerana sewaktu wudhu, anda akan membasuh muka.
ADAB & DOA MINUM AIR ZAMZAM
Adab ketika minum air zam-zam itu sebagaimana yang disebutkan oleh sebahagian Fuqaha adalah termasuk dalam hukum sunat, antaranya:
Menghadap kiblat,
Membaca Bismillah sebelum minum.
Minum air zam-zam dengan niat ikhlas.
Jangan minum dengan sekali teguk sehingga habis
Minum sebanyak tiga kali dan diselangi bernafas di luar bekas minuman, kemudian baru teguk lagi.
Setiap kali mengambil nafas ketika minum air zam-zam, melihat ke arah Kaabah/kiblat.
Minumlah air zam-zam sehingga kenyang kerana orang munafiq tidak meminumnya sehingga kenyang.
Sesudah minum, ucapkan pujian kepada Allah سبحانه وتعالى (baca Alhamdulillah).
Memperbanyakkan doa ketika minum dan mengharapkan kebaikan di dunia dan akhirat.
Daripada Ikramah meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas apabila minum air zam-zam berdoa:
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَسْأَلُكَ عِاْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشَفِيًا مِنْ كُلِّ دَاءٍ وَسَقِيْمًا.
“Ya Allah ya Tuhanku! Daku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit.” (Hadis riwayat ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).
Menurut riwayat, Ibnu Abbas ialah sahabat yang sangat tinggi pekertinya, mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.
F.A.Q AIR ZAMZAM
Kami sering diajukan soalan seperti berikut:
“Asli ke air zamzam ni?”
“Bagaimana nak kenalpasti air zamzam ni tulen?”
“Macam mana boleh bawa masuk Malaysia sedangkan kerajaan Arab tak benarkan penjualan air zamzam?”
“Dapat dari mana”
“Confirm tiada campuran?”
Setiap Tahun, Al Hijjrah Vacation Sdn Bhd melalui syarikat logistik akan menguruskan penghantaran barang-barang jemaah Haji pulang ke Malaysia termasuklah perkhidmatan servis membawa pulang air zamzam. Jadi, syarikat mempunyai kebenaran untuk bawa masuk air zamzam dengan quota yang dibenarkan untuk tujuan pengedaran.
Al Hijjrah Vacation akan memastikan ketulenan air zamzam sebelum diedarkan kepada pelanggan.
LOKASI AIR ZAMZAM
STOCK CLEARANCE !!!
Al Hijjrah Vacation Sdn Bhd mempunyai stok air zam-zam, bagi yang ingin mendapatkan air zamzam ini boleh hubungi kami di talian 016-6613424 atau klik link pembelian di bawah.
AIR ZAMZAM ORIGINAL MEKAH
ISIPADU (5 LITER/BOTOL) POSTAGE AVAILABLE